Monday, 22 April 2013

MOHON TERASA

Seseorang itu dikira bodoh nestapa untuk memperkatakan sesuatu yang dapat memanipulasi sebarang idealisme yang dibaca tanpa ada pengkajian apatah lagi apabila mengemukakan hujjah agama secara bebal.

Menurut hemat saya tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah bagi, tugas memberi kesedaran sosial dan politik dengan berhemah serta bermoral untuk melahirkan rakyat yang kuat dan dinamik tidak boleh dilaksanakan tanpa ada kebersamaan.

Benar, bukan semua enak-enak dalam kehidupan. Mencari makna bebas mewujudkan pelbagai pemikiran. Masharakat naif dalam kecanduan agama dipesong secara ekstrim sejak berzaman memerlukan pemurnian.


Tetapi sayang, sikap Ulama' millennium penjilat yang mengehad tatacara kehidupan memunculkan jurang serta peraturan yang begitu luas. Agamawan jenis ini merasakan hidup hanya soal Syurga & Neraka...


Arh...


Tinggalkan perbalahan dan perselisihan antara kita, suburkan kesatuan dan perpaduan demi Kedaulatan Rakyat..! 

Mohon Terasa...


http://www.youtube.com/watch?v=c9IjSyKriUk

http://www.malaysiakini.com/news/227700





"... WACANA TASHFIYAH MASHARAKAT MADADI ..."

Friday, 22 February 2013

KU PINJAM KOSA KATA



Semenjak lahir sehingga saat ini, Penulis lihat suasana hidup jiwa-jiwa di bumi Malaya merdeka sering sahaja menjamah fasis ilusi dari segala aspek. Hampir normal tanpa sebab-sebab pemurnian. Betapa masharakat ini semakin rendah walaupun berdiri bangkit kerana sukar mendapat petunjuk kebenaran yang sejati.

Sedikitnya golongan cendekiawan agama & golongan terpelajar yang jujur meniti jalan keikhlasan hadir ditengah lapangan kehidupan demi memperkata, memimpin seterusnya memperjuangkan sebuah hakikat.

Ya... Tidak sedikit tetapi banyak mereka terwujud ada... Malah merasa senang dengan 'rezeki' hasil dari ilmunya. Membatasi amal dengan pinjaman kata-kata yang tidak terlaksanakan ... Kosong cinta kosong perbuatannya...

#Jadi Ajarkan Saya Lebih Lanjut Mengenai Kemurnian Jujur Dahulu ...





https://www.youtube.com/watch?v=rePKIQDav-8


"... WACANA TASHFIYAH MASHARAKAT MADADI ..."

Sunday, 17 February 2013

ZIONISME IDRIS SULAIMAN AS-SALAFI

Berlalu sudah sekian lama isu ini tetapi Penulis suka mengingatkan sesama kita...

Mendengar ucapan cendekiawan & pemikir Mourotania, Syeikh Mohammed Walad Al-Dudu Asy-Syinqithi di Majlis Sambutan Ulangtahun ke 25 HAMAS di Semenanjung Ghazzah yang menegaskan wajibnya mendokong perjuangan rakyat Palestin dengan harta benda dan senjata sebenarnya menguatkan lagi seruan oleh para ilmuan serta pemikir Islam termasuklah bukan Islam sebelumnya.

Barangkali Ustaz Idris Sulaiman yang berfahaman Salafi-Wahhabi ini  berpendapat Jihad hanyalah ketika mana umat Islam kuat atau mempunyai keseimbangan bala tentera dengan pihak musuh sedangkan 'kekuatan & keseimbangan' itu sedang dimiliki oleh kebanyakan negara-negara Arab termasuklah bukan Arab yang berpaksikan kepada Syaitan Besar Amerika Syarikat lalu sanggup menjadi barua pemusnah Islam dari dalam dengan tunduk hormat kepada Zionis Israel tanpa ada usaha penentangan.

Sebagai seorang ilmuan muda, Ustaz Idris Sulaiman wajar menganalisis lebih lanjut pernyataannya agar tidak menjerumuskan diri ke lembah kejumudan & mati pucuk dalam memahami ajaran-ajaran agama. Jika kita membuka ruang & mengimbau sejarah, kita akan dapati bahawa pemikiran-pemikiran bahaya seumpama ini sebenarnya telah diserap masuk oleh pengasas ajaran itu sendiri yang telah dibiayai pergerakan 'tajdidnya' itu oleh penjajah.

Wajah munafik mereka memperlihatkan tindakan golongan ini yang menyebarkan pendustaan-pendustaan terhadap kewajiban Syari'at selama ini. Kefasadan yang mereka imani inilah yang telah dengan sendirinya melahirkan jiwa-jiwa tegar penentang amanah Tuhan. 

Penulis sudahi dengan penjelasan, adegan ilmuan muda yang memakai gelar agamawan ini jika dibiarkan tanpa ada usaha konkrit dari kita untuk menyedar & membangkitkan ummah dari tidur boleh menjadikannya seperti sebuah rekaan patung salji yang mana orang akan menghiasinya dengan aksesori & kepalsuan. Mari kita hidupkan semangat perjuangan orang yang jujur dengan kemuliaan.



http://www.youtube.com/watch?v=-knHvwEFgyY

"... Wacana Pencerahan Minda Politik Massa ..."

Wednesday, 23 January 2013

LABBAYKA YA RASULULLAH..!

Baginda adalah insan paling luar biasa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi ini. Nabi Mohammed s.a.w hadir mengajarkan agama Tauhid, mengasas dan membina Negara Islam pertama, mentadbir dengan berhemah serta bermoral yang dimulai dengan reformasi sosial dan politik.   

Rasullulah s.a.w melahirkan masharakat yang kuat dan dinamik untuk mengamal serta menggambarkan ajarannya dan benar-benar merevolusi dunia pemikiran manusia seluruhnya sesuai sepanjang zaman.

Dalam tempoh singkat 23 tahun kenabian, Baginda mengubah Semenanjung Arab selengkapnya yang mana selepas itu melebar wilayahnya ke seluruh pelusuk dunia.

Dari paganisme berbentuk penyembahan berhala kepada penyerahan diri bagi Allah semata-mata.

Dari perbalahan dan perang antara puak kepada kesatuan serta perpaduan nasional.


Dari kebejatan hawa nafsu kepada ketenangan dan ketaqwaan.


Dari kehidupan yang berselerak kepada hidup berdisiplin.


Dari gelita kebankrapan hidup kepada kecemerlangan moral yang tertinggi.

Sejarah peradapan manusia tidak pernah melalui usia yang singkat tentang transformasi lengkap masharakat atau tempat sebelum atau selepasnya dan bayangkanlah semua keajaiban luar biasa ini terjadi dalam hanya tempoh 2 dekad.

Ya..! Dialah Mohammed Utusan Tuhan.




http://www.youtube.com/watch?v=dOOnWibqwbo&feature=youtu.be

"... WACANA PENCERAHAN MINDA POLITIK MASSA ..."

Sunday, 16 December 2012

MENCIPTA TRAGEDI, TERLUKIS EGOIS DIRI



Dulu waktu masih berada di bangku sekolah terutamanya sekitar penghujung tahun 1990-an, Penulis difahamkan & telah dapat merasakan kemunduran politik bangsa Malaysia sejak sekian lama setelah sering mengikuti program-program penerangan sebelum daripada itu.  Idealisme kumpulan politik bukan pemerintah dilihat lebih membara, anti korupsi, jujur memegang kebenaran malah banyak dari mereka bersih dari perkara-perkara kotor.

Secara realitinya ketempangan itu tetap wujud yang mana ada segelintir daripada pemimpin kumpulan ini yang ‘sempat’ mengambil manfaat-manfaat walaupun tidak sedikit dengan tangan-tangan yang tersembunyi seperti yang Penulis ketahui kes penyelewengan Syarikat KOHILAL, penyonglapan wang pengurusan Jemaah Haji oleh bekas Calon Parti Islam PAS di Parlimen Kepala Batas & penggelapan puluhan ribu wang ahli-ahli Parti yang disebutkan tadi didalam pelaburan bahkan lebih dari itu Penulis ketahui. Ada di kalangan mereka sedar & bangkit mengancam dengan kebenaran tetapi langsung sahaja ditendang dengan kehinaan.

Namun ketika telah masuk ke era kemenangan selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 pada tahun 2008, ramai pula bersedap-sedap dengan sedikit harta rampasan perang maka hampir semua kelebihan serta keistimewaan yang telah di anugerahkan luntur. Makin lupakah jika dahulu perjuangan dianggap suci…

Adalah penting didalam perjuangan, diingati matlamat dasar sebagai pemukul kepada mereka yang menghidupkan tragedi untuk mengelakkan fanatisme kelompok tetapi dengan akhlak yang damai mengangkat kejahatan para penzalim pada mata masharakat agar masharakat berupaya berhadapan dengan golongan ini.

Demikian pula kita memahamkan diri bahawa selepas terjadinya pertelingkahan, apakah harus mendiamkan sahaja diri..? Atau seperti sebilangan pejuang terdahulu membataskan pergerakan mereka tanpa ada penentangan hatta menegur sekalipun dengan mengatas namakan kepentingan organisasi itu lebih penting dari menegakkan hak & menumbangkan kebatilan..?

Ingatlah wahai saudara saudari teman-teman pembaca, wajib ada pada kita walau dimana sahaja untuk menyampaikan perkara yang sebenarnya walaupun dalam keadaan lemah. Amat tidak bermaruah jika kita tidak berusaha untuk meneruskan kesedaran ini. Bersyukurlah insan-insan yang tidak tercemar oleh virus musuh. 

Semoga kita tetap terjaga kejujuran & memegang idealisme  kebenaran.Ya Allah Ya Illahi Ya Maula, Perkenankanlah...!

"... WACANA PENCERAHAN MINDA POLITIK MASSA ..."

Sunday, 9 December 2012

SYAHID AL-JA'BARI TERBANG BEBAS

Kedamaian & Rahmat Ilahi kepada anda semua, 

Setelah hampir sebulan masih ada yang sudi singgah..? Maaf Penulis agak sibuk kebelakangan ini kerana sering terlibat dengan aktiviti luar, jadi tidak berkesempatan mengemaskini laman wacana maya Komrad Rakyat Blogland.  

Ada banyak perkara yang Penulis mahu berkongsi malah ada catatan-catatan yang telah siap tetapi tidak dapat diterbitkan atas beberapa masalah termasuklah catatan panjang lebar yang Penulis siapkan selepas usai Shalat Subuh di Anjung Reformasi Masjid Negara Kuala Lumpur 1 Disember lepas mengenai perjalanan ke ibu kota bagi 'mengesahkan' perpindahan Penulis ke sana untuk menyambung pelajaran pada tahun 2013 nanti.

Apa yang Penulis mahu bicarakan kali ini selepas menyepi beberapa ketika adalah aksi Pengganas Zionis Israel mengebom motokar pemberian 'Ameer Qatar kepada Ahmad Said Khalil Al-Ja'bari selaku Ketua Operasi sayap ketenteraan HAMAS, Briged 'Izzuddin Al-Qassam lalu mengorbankan beliau serta anaknya.
 

Syahid Al-Ja'bari terkenal lewat penahanan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Gilad Shalit & mengetuai pengambilan Semenanjung Ghazah oleh HAMAS. Menurut laporan berita, HAMAS menyatakan bahawa Kereta Syahid Al-Ja'bari akan dipamerkan di muzium kejahatan rejim Zionis Israel dalam serangan terbarunya di Semenanjung Ghazzah.

Para penganalisis berpendapat, motokar itu dilengkapi dengan sistem GPS dan pengesan serta dihubungkan kepada sumber-sumber Zionis, maka ia memudahkan kerja tentera negara haram Israel menggunakan sistem tersebut untuk membunuh Syahid Al-Ja'bari.


Penulis sendiri peribadi merasakan, tanpa perlu menyalahkan sesiapa... Adakah patut kita meletakkan kepercayaan kepada mereka yang terkenal baik dengan mereka-mereka si penindas lagi zalim itu..?



http://www.youtube.com/watch?v=YmWvOHGXTk0&feature=plcp

"... Wacana Pencerahan Minda Politik Massa ..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
❝... Yang namanya perjuangan itu memang selalu lahir ujian, halangan & cabaran. Hadapilah ia dengan berlapang dada, hati terbuka & sabar. Terus berjuang jangan sampai putus asa & patah semangat, dengan erti kata lain cita-cita Revolusi Illahiyyah ini akan diteruskan sampai mati. Ekspresi kata mata hatiku ini dikenal dalam gagasan, ucapan serta perbuatan Revolusioner ...❞
Al-Faqir wal Haqir ila Rabbih,
● Mushthafa Kamal Al-Hashemi (Komrad Rakyat)
Tiada Hak Cipta Dalam Islam. Mohon Sebarkan Risalah, Cuma Nyatakan Sumber Anda Bagi Memudahkan Rujukan. Moga Di Redhai Allah s.w.t. JazakAllahu Khayr..!

Laman Blog ideologi yang berakar umbikan doktrin Islam. Aspirasi pencerahan pemikiran melalui ilmu, pembinaan idealisme serta aktivisme dan bimbingan yang komited kepada masharakat. Dibangun atas dasar persaudaraan, cinta dan harmoni serta memelihara kemuliaan manusia. ‘Izzah umat hanya akan dicapai jika Islam diamalkan selengkapnya.