Ah... jauh meleset pemahaman rakan penulis, tanpa kaji selidik pun masih gagahkan diri dengan sangkaan yang tidak berasas sedangkan sudah ramai yang tahu keadaan sebenar tetapi kini sejarah 19 November 1985 makin terlupakan termasuklah adiwira yang mengaku kononnya penerus cita-cita nurani mereka yang dibunuh itu.
Bagi
kebanyakkan pemimpin sekarang mereka tidak memahami perkara dasar tindakan
Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya & para pengikutnya, ada juga faham tetapi
tersungkur di kaki lima penjajahan idealisme.
Kesebatian
semangat para Syuhada' Memali hanya diterima sebagai simbolis palsu tanpa
penyertaan sama jiwa pemberani mereka bagi menghadapi ujian-ujian yang sangat
getir & sepayah mereka yang dibunuh. Memadaikah kita saban tahun sekadar
memperingati tarikh tersebut dengan ceramah politik serentak dengan itu
meminta-minta sedekah daripada hadirin...?
Minda kononnya pejuang ini terhijab kepentingan dimana ia mampu menggerakkan masharakat sedar untuk sebuah tujuan...
Dan apakah
'derma jihad' tersebut betul benar di infaqkan kepada mereka yang berhak keatas
wang-wang tersebut..? Kita boleh mentafsir dengan pelbagai tafsiran kemana
perginya sumbangan tersebut selama ini tetapi berbaliklah kepada kesempurnaan
hujjah dengan pembuktian yang nyata. Sebuah aksi songsang sehingga melahirkan
tokoh-tokoh haprak, tidak lagi mampu menjadi pembela para mazlumin.
Drama
perkhabaran jenis apa kita mahukan sebenarnya dari natijah yang sedang
berlaku..?
Seumpama
hanya menunggu Sang Penyelamat yang dijanjikan gayanya dengan menolak titah
Tuhan yang hakiki,
وَلاَ تَلْبِسُواْ
الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran &
kebatilan, & kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya"
(
Surah Al-Baqarah : Ayat 42 ).
http://www.youtube.com/watch?v=9StLxcZoZhc&feature=youtu.be
“… Wacana Penghayatan
Semangat Syuhada’ Memali …”

No comments:
Post a Comment