Dulu
waktu masih berada di bangku sekolah terutamanya sekitar penghujung tahun 1990-an,
Penulis difahamkan & telah dapat merasakan kemunduran politik bangsa
Malaysia sejak sekian lama setelah sering mengikuti program-program penerangan
sebelum daripada itu. Idealisme kumpulan
politik bukan pemerintah dilihat lebih membara, anti korupsi, jujur memegang
kebenaran malah banyak dari mereka bersih dari perkara-perkara kotor.
Secara
realitinya ketempangan itu tetap wujud yang mana ada segelintir daripada
pemimpin kumpulan ini yang ‘sempat’ mengambil manfaat-manfaat walaupun tidak
sedikit dengan tangan-tangan yang tersembunyi seperti yang Penulis ketahui kes penyelewengan Syarikat KOHILAL, penyonglapan wang pengurusan Jemaah Haji oleh
bekas Calon Parti Islam PAS di Parlimen Kepala Batas & penggelapan puluhan
ribu wang ahli-ahli Parti yang disebutkan tadi didalam pelaburan bahkan lebih
dari itu Penulis ketahui. Ada di kalangan mereka sedar & bangkit mengancam
dengan kebenaran tetapi langsung sahaja ditendang dengan kehinaan.
Namun
ketika telah masuk ke era kemenangan selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 pada tahun
2008, ramai pula bersedap-sedap dengan sedikit harta rampasan perang maka hampir
semua kelebihan serta keistimewaan yang telah di anugerahkan luntur. Makin
lupakah jika dahulu perjuangan dianggap suci…
Adalah
penting didalam perjuangan, diingati matlamat dasar sebagai pemukul kepada
mereka yang menghidupkan tragedi untuk mengelakkan fanatisme kelompok tetapi
dengan akhlak yang damai mengangkat kejahatan para penzalim pada mata
masharakat agar masharakat berupaya berhadapan dengan golongan ini.
Demikian
pula kita memahamkan diri bahawa selepas terjadinya pertelingkahan, apakah
harus mendiamkan sahaja diri..? Atau seperti sebilangan pejuang terdahulu
membataskan pergerakan mereka tanpa ada penentangan hatta menegur sekalipun
dengan mengatas namakan kepentingan organisasi itu lebih penting dari
menegakkan hak & menumbangkan kebatilan..?
Ingatlah
wahai saudara saudari teman-teman pembaca, wajib ada pada kita walau dimana
sahaja untuk menyampaikan perkara yang sebenarnya walaupun dalam keadaan lemah.
Amat tidak bermaruah jika kita tidak berusaha untuk meneruskan kesedaran ini.
Bersyukurlah insan-insan yang tidak tercemar oleh virus musuh.
Semoga kita
tetap terjaga kejujuran & memegang idealisme kebenaran.Ya Allah Ya Illahi Ya Maula,
Perkenankanlah...!
"... WACANA PENCERAHAN MINDA POLITIK MASSA ..."


No comments:
Post a Comment